Miss Fat and Beautiful 2009

Hai semua! Untuk post kali ini, tidak ada sebarang motif atau niat untuk memperli sesiapapun samada yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Saja ingin berkongsi kepada anda bahawa semua ciptaan Tuhan itu adalah sempurna dan cantik-cantik belaka. Ini cerita tentang seorang gadis yang baru berusia 22 tahun, mempunyai berat badan yang heavy iaitu seberat 205 pounds, bernama MORAN BARANES. Gadis ini telah dimahkotakan sebagaimana yang tertulis pada tajuk post ini. MISS FAT AND BEAUTIFUL 2009.

Acara tahunan ini hanya menerima penyertaan daripada gadis-gadis yang mempunyai berat badan di atas 176lbs. Gadis-gadis plus-sized daripada seluruh Israel berkumpul dalam pertandingan ini untuk menggayakan casual dress dan juga evening gowns. Mesti anda tertanya-tanya bagaimana rupa mereka apabila menggayakan swim-suit? Adakah seperti pertandingan ratu-ratu cantik yang lain. Oh! Maaf! Tiada kategori swimsuit dipertandingkan untuk event ini. Ini gambar-gambar MORAN BARANES.



Yang paling membuatkan neknaz teruja adalah (maaf, neknaz memang suka teruja), gadis ini bekerja sebagai security guard kerana kata beliau, susah untuk mencari majikan yang boleh menerima saiz badannya, kebanyakkannya hanya ingin mengambil kesempatan atas kecantikan nya. Lebih baik beliau mencari pekerjaan yang jarang orang sekeliling kaitkan dengan kecantikan iaitu KAKAK GUARD. Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

Comments