Hitam Putih Kehidupan

Ada hari kita perlu tertekan dengan setiap apa yang menjadi beban dalam hidup ini. Ada hari kita perlu untuk bekerja keras demi mengejar cita-cita dan impian untuk berjaya dalam apa yang diceburi. Ada hari kita perlu untuk bersenda gurau demi menggembirakan hati. Ada hari kita perlu berlompat gembira menghiburkan perasaan. 

Disini kita dijadikan untuk bersama. Tidak semua soal hati dan perasaan boleh diungkap. Hanya satu. Syukur berada disamping insan-insan yang sama-sama punya semangat yang jitu juga iltizam yang satu, ingin berjaya dalam hidup. Bersatu tatkala berjaya, berkongsi tatkala kegagalan datang jua. Harungi hari-hari yang akan mendatang dengan lebih semangat dan kita masih lagi bersama. Yang pergi, biarkan Dia yang menentukan apakah nasibnya di sana. Kita yang masih bernyawa di atas muka bumi ini, masih perlu untuk teruskan hidup. 

Duri, onak dan ranjau sentiasa ada, namun pikirlah. Tak semua dalam hidup ini indah. Berjalan dan perputar masanya seperti apa yang kita mahukan. Kadang-kadang, kita perlu untuk berfikir, bermuhasabah, dan kembali menjalani hidup dengan lebih sempurna. Pada manusia juga pada Dia Yang Maha Esa. Aku bahagia disamping mereka.

THEY LOOK SWEET WHEN THEY WERE TOGETHER


'US', WHERE ALL THE BEST GATHERED

WE'RE NOT IN LOVE, BUT WE'RE MEANT TO BE TOGETHER

6 comments:

  1. kenapa tok kim??? berminat kat nek naz lak ke??
    wakakakaa

    ReplyDelete
  2. bangga tak?? kelas kitorang je ada...kelas korang ada?? ahahaha

    ReplyDelete

Comments