Hanya Ilusi

Hai semua! Assalamualaikum. Apa khabar? Maaf kerana lama tidak posting entry baru untuk pembaca-pembaca semua. Terima kasih kerana masih setia menunggu dan menjengah blog yang tidak seberapa ini. Baiklah, sedikit cebisan dan juadah untuk kali ini. 

Ingin bercerita tentang pelukis lantai professional, Kurt Wenner. Beliau merupakan pelukis terkenal disebabkan lukisan lantai beliau yang berkualiti tinggi dan mural kapur menggunak projection dikenali sebagai ANAMORPHOSIS. Lukisan kapur 3D di atas jalanan ini sudah kerap kali mendapat perhatian oleh media dan rancangan televisyen di seluruh dunia.

Hasil kerja Wenner sudah mendapat perhatian dan pegiktirafan daripada seluruh pelusuk dunia termasuk negara-negara seperti Italy, Germany, France, Switzerland, the United States, and Mexico.
 
 
Cantik tak? Memang kaya kalau kita dianugerahkan bakat seperti pelukis lukisan-lukisan di atas. Neknaz, ada cadangan. Lepas ini, kalau perayaan Deepavali, selalu kaum India tabur beras depan rumah dengan formasi lukisan yang berwarna-warni dan menarik, apa kata kita tambah lagi tarikan dengan menabur beras dengan menghasilkan taburan dan formasi lukisan yang bermain dengan ilusi. Setuju tak? Barulah cantik.

2 comments:

  1. Jadilah antara blogger terawal meletakkan bendera khas sempena kempen 1 Blog 1 Bendera...

    ReplyDelete

Comments