Siapa perempuan materialistik?

Hai semua! Untuk entry kali ini, neknaz tergerak untuk menulis pasal cinta. Ini semua gara-gara selepas mendengar sendiri hasil temuramah brother love dengan mamat yang kena dumb dengan seorang perempuan yang dikategorikan sebagai perempuan materialistik. Anda buat penilaian anda sendiri. Inikah sebenarnya kekasih yang kita mahukan. kalau sekadar kekasih tak apa, ini da sampai tahap tunang. Boleh pula putus tunang hanya semata-mata ada pihak lain yang sudah mengaburi matanya dengan wang. Neknaz pasti ramai yang sudah menonton dan mendengar video ini, tapi tidak mengapa. Ini sekadar renungan supaya takut kita pulak yang terkena nasib yang sama. Huuurrmm, belum cakap lagi pasal pisau cukur kan? Apa-apapun, mereka ini juga manusia. Tak semua lahir dengan perasaan yang ikhlas untuk mencintai dan dicintai.


Ini sedikit coretan tentang bagaimana manisnya bercinta sebelum dan selepas kahwin. Buatlah penilaian betul-betul. Mugkin ada benarnya, cuma kita yang tak sedar.

CINTA :(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

CINTA :(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

KASIH :(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

SAYANG :(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T= tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I= igauan indah tak terkira.

HATI :(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana? 
jumpa lagi semua! selamat berpuasa!

1 comment:

Comments