Scarf untuk lelaki

Post kali ni aku rasa sangat menarik. Kebanyakan lelaki di luar sana, selalu mempunyai masalah tentang bagaimana untuk menggayakan scarf di leher mereka atau dimana2 saja tempat yang boleh digantungkan scarf itu. Aku faham, kalau tersilap gaya, boleh nampak macam Azwan Ali. Tak pasal-pasal orang panggil kita PON! PON! Amboi amboi amboi! Jahat nye mulut uols...korang mampoo?? UISY, Sudah sudah! Jangan pikir yang bukan-bukan!

Lelaki yang pakai scarf bukan lelaki metroseksual. Cuma kaum lelaki nih bukan banyak aksesori untuk digayakan. Kenapa tidak jadikan scarf nih sbg alternatif untuk tambahkan warna dan elemen penarik kepada gaya kita. Aku secara jujurnya mahukan lebih ramai lelaki menjadikan scarf ini sebagai satu trend. Nak tahu kenapa? Ada perempuan cakap, scarf untuk lelaki niyh macam dress bg perempuan. Setiap lelaki boleh nampak menarik dengannya dan scarf niyh juga la yg menjadikan lelaki itu nampak charming. Dan yang paling best, scarf niyh dikatakan sebagai satu ELEMENT OF SEX APPEAL. Ini baru betul mampooo???

LANGKAH PERTAMA : Pastikan scarf yang dipakai itu sesuai dengan outfit yg kita pakai itu. Kalau tidak segala-galanya akan kelihatan cacat.

LANGKAH KEDUA : Beli scarf yang berwarna terang dan berwarna-warni untuk menaikkan imej anda. Tetapi kalau anda takut untuk bermain dengan warna, beli sahaja scarf yg bertona kelabu. Ia lebih menampakkan imej yg stylish dan sesuai untuk digayakan dengan apa-apa warna.

LANGKAH KETIGA : Panjang lebih baik, kerana kalau terlalu pendek anda tidak boleh mempelbagaikan gaya yang lebih menarik.

CLASSIC FLIP

THE PARISIAN KNOT

LOOSE DOUBLE FLIP

LOOSE ONCE AROUND KNOT

TRADITIONAL WAY

MODERN KNOT

dan banyak lagi


2 comments:

  1. kalau kat mesia pakai skarf, mau berpeluh kaw2 anas oi.. ahaha

    ReplyDelete
  2. esy, jangan la pakai scarf yg standard tebal..kalau pashmina mmg tebal..beli je yg nipis..tp kalau ade event ape2 sesuai jgk nk try pakai scarf kn??

    ReplyDelete

Comments