Bas Sekolah

Assalamualaikum semua. Selamat sejahtera. (kenapa tetibe baik dan skema macam nih). Selamat hari raya semua. Hari ini kan hari terakhir bulan Syawal. (patut la, into character) Korang tau tak hari ni last Syawal? Haisyyy, apa yang korang tau? Pegi open house je kan. Mulai esok da tak de open house da, jangan nak mengada protes lak. Esok da bukan bulan Syawal da, tak kan ada lagi yang nak buat open house. Tunggu tahun depan pulak. Tak lupa! Sesiapa yang lengkap puasa enam, beraya berkali-kali ganda lah anda kan. Neknaz ucapkan, semoga dapat fadhilat dariNye okeyh. Amiin. 

Hari ini hari Jumaat. So, kalau Jumaat orang lelaki macam neknaz nih wajib la pergi semayang Jumaat. Kan fardhu. Perkara fardhu itu kan wajib untuk  ahh ahh sudah sudah. Tak yah nak berceramah, semua orang tau la neknaz. Baiklah, secara jujurnya, neknaz nak buat pengakuan, tadi neknaz tak dengar pun apa intipati khutbah Jumaat. Dengar macam tak nak dengar je. Ampun! Ampun! Mintak-mintak sah lagi semayang neknaz. Bukan apa, neknaz tadi terjumpa kawan lama. ANHAR. Anak cikgu Ruzai. Selalu neknaz nampak ayah dia je ada kat masjid time Maghrib (nak cakap yang neknaz nih rajin Maghrib di masjid la nih, blah la wokkk), tapi Anhar anak Cikgu Ruzai nih baru kali ini jumpa. 
Bila da lama-lama sekali jumpa, kau tau la kan apa pasal neknaz tak dengar khutbah tuh. Kitorang menyembang la apa lagi. Dia study kat UIAM buat engineering. Tengah cuti. Dia tanya neknaz buat course apa. Neknaz pon jawab la. Bila da cakap pasal course nih, terus terlajak pegi sembang budak-budak batch Sekolah Menengah dulu. Owh, neknaz tak cerita lagi, kitorang sebenarnya kawan waktu sekolah menengah. Satu dorm masa time form 5 kena asing daripada form-form lain. Sekolah menengah mana? Kat Taiping. Ala nanti korang tahu la. (sekolah tak glamer, segan nak cakap).

Sambung cerita. Bila da cakap pasal kawan-kawan sekolah, mesti la tercampur-campur dengan cerita sekolah kami nih. Itu lah ini lah, mau tak terimbau kenangan di sekolah. Balik je dari sembahyang, neknaz pass nombor phone kat Anhar lepas tu neknaz terus chow. Apa jadi lepas tuh, neknaz balik rumah, bukak Facebook, bukak page sekolah yang tak glamer nih. Terkejut beruk bila neknaz tau bas sekolah kitorang da menanti masa untuk menyembah bumi menjadi khazanah negara...ehh tak tak. Khazanah negara tu over. Teringat zaman sekolah-sekolah dulu bila tengok gambar bas usang nih. Makin rindu la neknaz. Banyak kenangan dekat sekolah nih. Dengan bas nih saja pun da macam-macam kenangan yang kitorang buat.
 Kalau korang nak tau (memang korang nak tau, apa daa), inilah bas sekolah neknaz. Sekolah apa? Neknaz percaya semua boleh baca kan. Sekolah tak glamour. Korang tau dorang parking bas banyak kenangan nih kat mana. Kat tempat yang memang orang tak pernah singgah pon. Nih tempat selalu jadi port terbaik setiap kali ade kem pastu ada aktiviti night walking tak pun burung hantu. Yang India dua orang tuh bukan India kutip besi ok. (confirm ke?) Yang neknaz tau, diorang dua orang tu just datang nak ambik tayar yang masih boleh berfungsi. Jangan kata Rahimah Sura buat amal dengan mengorbankan bas nih. (rahimah Sura tu pengetua sekolah sekarang, haisyy bila la nak bersara). Gila kejam, neknaz datang sekolah nih nanti, neknaz nak tengok bas bukan nak tengok pengetua. Cis!

 Korang nampak tingkap bas tuh? Huhuhu, tingkap tuh kalau kena tangan memang nikmat neknaz cakap sama lu orang. Macam mana neknaz tau? Sudah tentu sebab neknaz pernah mengalaminya. Lagi satu kenangan, tingkap tuh jugak la jadi pintu kecemasan untuk sesiapa yang nak naik bas tapi, bas da penuh. Maknanya, pintu kecemasa untuk orang di luar yang nak masuk ke dalam tanpa memasuki dari pintu hadapan. Agak-agak ayat neknaz korang semua faham la kan. Satu lagi, semua hiasan kat luar bas nih semua di lukis sendiri oleh guru sekolah neknaz taw. Tangan emas betul, cnfirm dia menangis kalau dia tau bas nih da nak hamcus.

 Arghhh!!! Da macam kepala keretapi yang kena buat pameran dalam muzium da. Nih masa nih ada jabatan arkeologi datang. Tu yang pakai baju putih tu pegawai arkeologi la. (korang kena percaya ini hanyalah penipuan semata-mata) Sebenarnya, yang baju putih tuh, Pak Cik Yusop. Pak cik perpustakaan sekolah neknaz. Dulu dia keseorangan sebab dia single, sekarang tak tahu lah neknaz. Orang kata dia banyak cerita hantu, sebab dia memang da lama kat sekolah nih. Orang kata lagi dia bercinta dengan buku, sebab itu dia tak nak kahwin. Mengarut! Nih agak-agak kalau hantar kat production SEEKERS pon layan jugak nih. Suruh duduk dalam bas diam-diam, tunggu hantu datang. Heh Heh Heh.

 Ini tempat duduk dalam. Bila lagi korang nak merasa naik benda-benda vintage macam nih. UiTM pon, walaupon banyak bas, tapi semua ada aircond. Selalu sembahyang Jumaat (cerita sembahyang Jumaat bersambung lagi), neknaz punya port kat belakang sekali tuh. Masa form 5 saje la. Masa form 1 tak boleh naik, senior kata tak boleh. Junior kena jalan. (buli!!) Masa form 2 depan sekali, dan makin lama makin ke belakang. Kalau duduk belakang sekali memang best bila time nak keluar dari pagar sekolah. Sebab sebelum keluar dari pagar sekolah ada bonggol besar. Kalau duduk belakang memang merasa la macam di awang-awangan sambil menjerit aaaaaahhhhh bila bas langgar bonggol. (tanda lega bercampur gembira, betul-betul kebudak-budakan) Mesti korang suka tengok fire extinguisher tu kan. Besar gila kan. Tapi aku rasa, tak pernah guna pon. Bas nih tak banyak buat masalah la.

Inilah tempat driver. Obviously lah tempat driver bila ade stereng tu kan. Ini tempat Boyot (si driver) selalu buat perangai macam haram. Selalu bising-bising bila kitorang enjoy sikit dalam bas. Dia tuh memang selalu cari pasal dengan budak-budak comel macam kitorang. Kan da kena cop BOYOT. Istighfar bila teringat balik, jahatnya kami. Khabarnya, diorang pon da bersara. Bila diorang bersara, bas nih pon bersara nampak gayanya. Sweet! Hidup dan mati macam ditakdirkan dengan bas pulak kan. 

Inilah cerita neknaz daripada semayang Jumaat sampailah tertulis entry nih. Neknaz rindu gila nak balik zaman sekolah. Zaman yang banyak mengajar neknaz tentang kegagalan, kepahitan, kemanisan, kehidupan. (dah pahit manis plak kau ingat main masak-masak ke) Tapi, memang betul, nak buat tour balik tengok sekolah. Dulu menangis (kantoi) macam nak mati sampai ayah kena layan bawak pegi tengok wayang baru okay, sebab berpisah dengan kawan-kawan sekolah. Berpisah dengan sekolah. Siapa tak sedih. 5 tahun sekolah ini jaga dan membesarkan neknaz sampailah neknaz macam ini sekarang. Terima kasih sekolah! Terima kasih semua!

8 comments:

  1. waaa..antik dh bas tu..sama ah...dlu naik bas masa f5 pon amik port blakang..nkmat gla blakang..haha..rendu nk naik bas..ceewahh..bajet mcm dh setahun tggai skolah ja..ahha

    ReplyDelete
  2. buruk nau bas sekolah neknaz tu.
    kalau tok mud naik konpem roboh.
    hee.

    ReplyDelete
  3. teyhah : antik antik tu la yang berharga. pernah tengok barang antik kene jual tak, mahal kan. apesal obses ngan bas sekolah pon tataw la. hahaha.

    pije : dulu lawa. ala, biasala. bila da dapat yang lagi lawa terus yang lawa dianggap buruk. sedih..

    ReplyDelete
  4. anas. aku nak buat entry macam ni jugak. nak gambar ni boleh?

    ReplyDelete
  5. ikemal: hehehe, sweet kan? rindu sekolah weh. ambik la, post banyak-banyak. bg glamer sekolah.

    ReplyDelete
  6. seratas taiping ek ?

    glamer pe skola tu.. ^^

    ReplyDelete
  7. followed :)

    do follow mine
    http://irwansimplelife.blogspot.com

    ReplyDelete

Comments