Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar


Assalamualaikum semua! (jawabla, bukan senang awal post aku bg salam). HAA!! Mesti korang semua da tahu kn, apa kah yang akan menjadi subjek dalam entri kali ini. Ada yang tak tahu?? Adoi..apa lagi, sila lah baca dari awal sampai ke habis. Wajib, kalau tak RAYA tak lengkap tanpa membaca entri neknaz. Hahahah, budget gila. Bila raya? 


Esok raya! hahahaha, ramai sangat yang nak dengar jeritan tuh kan. Malangnya tidak. Raya jatuh hari Jumaat. So, esok jugak la since neknaz tulis blog nih betul2 pada malam raya. Moden betul sekarang nih, malam-malam raya bukan main bunga api, pergi masjid takbir ramai-ramai, main blogspot main facebook, pegang lappy..haisy, kau ada??

Sudah! sudah! Baiklah, tanpa memebuang masa, (tak buang masa ok), kali ini neknaz nak kongsikan dengan anda semua bagaimana persiapan raya neknaz pada raya kali ni. Bukan nk menunjuk ok? NAK DAPAT BANYAK FOLLOWERS DENGAN ENTRI PICISAN PON BUKAN OK! Oppps, ada yang terasa ke? Sori sori keyh.. anonymous jangan nk maki neknaz lak. Niat neknaz satu je, apa salahnya kita berkongsi cerita. Neknaz tahu, dalam ramai-ramai orang kat luar sana, ada yang jenis orang yang suka membaca cerita-cerita menarik. Tak kira di tulis daripada siapa. 

Tapi menarik ke cerita neknaz nih?? MENARIK! 2010 HATI BERAYA..

Haaa...masa hari raya, semua nak nampak cantik. Semua orang nak nampak macho, nak nampak smart. Kan?? Tipulah kalau ada jugak yang nak nampak selekeh, gila heartless. Kalau yang pakai baju melayu taun lepas pon, paling kurang nak nampak smart dengan iron dulu baju tuh kan. Neknaz pon sama lah, baju melayu, kemeja, slack, skinny, sampin, songkok, tshirt, kasut raya dan macam-macam lagi lah. Semua neknaz shopping. Yelah, feeling nak pakai baju baru mcm budak2 tuh masih menebal lagi. Merata-rata jugak lah bershopping. Alhamdulillah, ada parents yang menemani. Rasa bahagia bila masih lagi diberi kesempatan untuk bersama-sama disamping mereka.

inilah hasil shopping. tak banyak pon okay. cukuplah, baju melayu mana? nnti nak post gambar siap dengan model sekali pakai baju melayu. baru surprise. hehehe

Kemudian, kalau da kita dengan baju baru, seluar baru dan penampilan baru, kediaman dan kampung halaman pon nak juga berpenampilan baru. Bukan apa? Untuk kita juga, kalau rumah cantik, masa raya nanti, confirm tetamu kita selesa. Diorang tak akan merungut walaupun kita kasi duit raya sikit. So, neknaz ditugaskan untuk menjadi pereka hias dalaman rumah (dan luaran jugak la). Setiap tahun macam tuh, tak tau kenapa. Maybe sebab mama nampak kot anak dia yang sorg nih suka sangat mengemas rumah. Biasa-biasa je, tak de la cantik sangat pon, boleh la. Tidak menerapkan apa-apa konsep, hanya berkonsepkan KEMAS DAN CANTIK. 

balang kuih raya yang masih tidak lagi berisi. bukan apa, sebab segan kot..al maklumlah, mana kuih buatan tangan sendiri, semua main buatan tunjuk dari tangan sendiri.hehehe
galeri keluarga tetap ada, jangan ada yang tergelak. ini bukan boria, ini namanya semangat kekeluargaan, semakin hari semakin sayang. time raya je la sanggup pakai baju same kaler. taun ini warna ape? tunggu!!!
dalam bekas warna ijau nih, ada tuala. untuk tetamu cuci tangan. jahit sendiri nih, kau ada? hahaha
bende paling banyak berjasa semasa sahur. menghangatkan bende yang sejuk. lebih hangat daripada biasa..
konsep apa ini? cuba teke.kata nenek aku, moden kontemporari?? apa tuh...ntah la kan..bukan neknaz belajar pon.

Selesai mengemas, memasak juga satu kewajipan untuk neknaz di hari raya nih. Bukan neknaz la yang memasak. Tengok mak dan ayah memasak la. Setakat tolong prepare bahan-bahan boleh la. Tolong jugak kan? Ingat senang anak lelaki nak turun dapur. (bangge..teeett). Rendang warisan opah haruslah kene ade. Chef nya, Pn Norlia Bt Ramli. Satu lagi resepi, laksa masakan ala-ala pattani turut melengkapkan suasana raya nanti. Chef nya, En Zunaidi Bin Hassan. Kedua-dua resepi itu nanti akan dihidang kan buat tetamu-tetamu yang sudi datang. Nak rasa? Datanglah.

tengah merasa. sebenarnya banyak lagi resipi. macam puding cocktail, kek coklat, dan macam2 lagi. datang la beraya.


Macam mana? Itu saja lah dari neknaz. Menarik tak? hehehee, kalau anda ada cerita-cerita menarik sepanjang persiapan untuk raya, inform la neknaz. Neknaz mmg suka membaca kisah-kisah anda. Memeriahkan lagi suasana raya. Hurm, akhir kata, neknaz bukan Dato' Najib, nak buat satu rancangan mintak maaf dan wish hari raya. So, neknaz ucapkan di blog ini saja lah. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA NEKNAZ DAN KELUARGA. Raya-raya jugak, jaga diri ye semue.

4 comments:

  1. Hahaha, akhirnya neknaz muncul jugak dengan entry baru. Penat saya tunggu.

    Selamat Hari Raya.

    Motif sangat video. Haha.

    ReplyDelete
  2. gila sikit ja shopping
    seed ada 50%
    bab topman
    dan loafer dari polo tue yang tak boleh belah tue
    anaz nanti nak pinjam loaferrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  3. warh.sakan nya raya ya nek naz.hehe.:)
    apa2 pun selmat hari raya aidilfitri.
    nak minta maaf pun,rasa cm xpenah buat salah ja dgn neknaz ni.hehe:)

    ReplyDelete
  4. rda: pemenang award pengucap paling banyak kali selamat hari raya kepada neknaz!

    hamdan: apa yang tak boleh belah?? hehehehe, muat tak loaferr tuh??

    shatirah: hahaha, biasa je la. tak sakan mane pun. tak pe , neknaz pon nak mintak maaf gak. selamat!

    ReplyDelete

Comments