Tanjung Dawai

Assalamualaikum semua. Hari ini ada benda buruk yang berlaku. Tak perlu di hebohkan di sini. Maka, untuk menenangkan hati, neknaz melihat koleksi gambar yang ada. Tanpa sengaja, hati terpaku, mata terpana tatkala melihat satu daripada memori kembali menerjah fikiran yang sedang buntu. Inilah tempat yang sudah semestinya menjadi sejarah buat sesiapa yang bergelar pelajar di sini, begitu jua neknaz dan rakan-rakan sekelas.Kata mudahnya, kalau dah 2 tahun duduk kat sini, tak sah kalau tak pegi sini.

Tanjung Dawai. Tak jauh dari kolej, hanya beberapa minit. Namun percayalah, perasaan teruja melihat pemandangan dan alami sendiri keenakan juadah seafood terus melenyapkan perasaan boring dalam perjalanan ke Tanjung Dawai. Tambahan pula, kalau anda pergi beramai-ramai bersama rakan-rakan sekelas seperti apa yang neknaz lakukan bersama-sama kawan-kawan.

Mahal atau murah, bukan itu yang menjadi masalah. Semuanya ditanggung beres apabila anda semua betul-betul merasakan keseronokan berada di sini. Seperti neknaz dan rakan-rakan yang lain juga. Sudah tiba masanya, masa untuk bergambar. Ada yang lucu, ada yang cantik, ada yang ayu, ada yang melompat, dan tak kurang juga ada yang sedang merenung masa depan. Ini jugalah tempat yang paling ideal untuk membuatkan kita rindu pada ayah bonda di rumah.


Semuanya berakhir di sini. Andai nanti neknaz keluar dari kawasan merbok nih, Tanjung Dawai la tempat paling neknaz tak akan lupa. Cantik tempat nih, datang la sekali-sekala. Pukul 7 petang adalah waktu yang terbaik kerana waktu inilah para photographer berkumpul untuk menangkap gambar matahari terbenam. Itu sahaja untuk kali ini, jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

Comments