Assalamualaikum semua. Berjumpa lagi kita dengan entry terbaru daripada neknaz. Baiklah, kalau sekarang kita dihebohkan dengan video pesanan ibu kepada encik khairuddin, kali ini neknaz nak sajikan kepada anda semua satu video seorang nenek yang sedang menyanyi. Nenek ini tak glamor macam ibu kepada encik khairuddin itu. Tapi neknaz rasakan mesej yang ingin disampaikan oleh video nenek ini lebih penting dan sangat memerlukan perhatian kita.
Sayu. Satu perkataan itu sahajalah yang muncul di benak fikiran neknaz tatkala melihat video ini. Hati neknaz tertanya-tanya, siapakah saudara kepada nenek ini. Atau paling khusus, siapakah anak kepada nenek ini. Neknaz rasa cukup terkilan. Kenapa agaknya ye? Kerana neknaz rasakan nenek ini tidak sempurna. Sudahlah tidak sempurna, nenek ini ditempatkan pula di tempat yang setiap daripada kita takut untuk menjejakkan kaki ke sini, WAD PESAKIT MENTAL.
Kasihan nenek ini.
Neknaz bukan nak mintak apa-apa. Perhatian ke apa. Cuma neknaz rasakan kalaulah nenek yang malang itu ibu neknaz, ibu kita semua. Itu yang membuatkan neknaz rasa sayu dan sedih. Ibu yang kita kenal, cukup sifatnya, sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak, tapi tiba-tiba ibu kita itu bertukar menjadi seperti nenek ini.
Bukan untuk menghina nenek itu, namun apa yang neknaz cuba sampaikan hanyalah, nenek itu perlukan kasih sayang. Mungkin ini cara nenek itu menyampaikan pesanan kepada anak-anak atau saudaranya. Berbeza dengan cara pesanan yang disampaikan oleh ibu Encik Khairuddin. Kelakar memang kelakar. Comel pon memang comel. Tapi kita harus sedar, nenek itu tak pernah pinta untuk menjadi seperti itu. JAuh sekali impikan kehidupan terasing daripada manusia-manusia normal seperti kita.
Mereka juga makhluk ciptaan tuhan, tidak ada bezanya. Tapi...itulah yang dikatakan realiti kehidupan.
Sama-sama hayati, dan renung-renungkan. Hargai ibu kita walau bagaimanapun ibu kita itu. Beruntung, kerana mereka masih ada. Jangan ketawakan mereka, cuma hiburkanlah hati mereka yang senasib dengan nenek malang ini.
Semoga nenek ini dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Syurgalah tempat beliau.
No comments:
Post a Comment
Comments