Tiang agama

Ini tiang bukan sebarang tiang. Tak tahulah kenapa aku  tergerak lak nk memulakan blog aku niyh dengan post macam niyh. Ini bukan post jiwang *perlu diingatkan*. Ini post yg aku rasa, kalau mama aku bace, aku jamin terus dapat kamera NIKON D3000 *verangan*. Tapi, tolong jangan cop aku mat PROPA. Aku mmg betul2 kagum pasal tiang agama niyh.

Aku masa kecik2 dulu, punya la liat nk semayang (sekarang pun sama jugak la), hahaha. Tak kira la, mase umur sebelum 10 tahun ataupun selepas 10 tahun. Kenapa mesti 10 tahun? (aku tak baligh pon mase 10 tahun, BIARLAH). Penat gak mama ayah mendidik aku tentang kebaikan solat. Tapi, tak tahulah kenapa aku mcm rase tak pe, nnti aku dah tua aku ganti la balik solat-solat yg tertinggal tuh (shhh...baca diam-diam). Jahat gila. Mama aku siap cakap lagi, name ANAZ niyh maksud die baik. Sahabat nabi s.a.w. So, kalau nk jadi mcm sahabat nabi, kene tunjuk perangai baik, solat tuh tiang agama jangan tinggal. Aku pon masuk bilik air, buat-buat macam ambik wudhu', pastu masuk bilik, berlakon je sembahyang. Istighfar, bila ingat balik, bodohnya aku.

BODOH SEBAB TAK TAHU APALAH FAEDAH SOLAT NIYH...

Tapi sekarang aku macam da tau. Paling aku kagum skali, pakar perubatan sendiri mengakui solat khusyuk adalah meditasi ideal. Hah! Ape tu?? Macam nih, bacaan yang kita baca dalam solat tu, buat kita macam dalam keadaan antara jaga dan tidur. Susah kan untuk dibayangkan? Macam tu lah punya hebat fadhilat solat nih.

1. Wuduk yang menyimpan 1001 rahsia
Wuduk nih boleh membuatkan kesihatan kita bertambah baik, wajah berseri-seri dan seluruh anggota badan termasuk apa yg kite buat akan nampak awet muda. Haa, menarik bukan? Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pula, boleh mencegah 17 penyakit macam mata, telinga, kulit, radang kerongkong, penyakit paru-paru dan juga penyakit mental. SEE! Wuduk yg free nih da cukup untuk menggantikan ubat-ubat atau doktor swasta yang korang selalu beli atau jumpa untuk bg korang sembuh cepat.

2. Mendapat komposisi atau bentuk tubuh yang baik
Solat yang lengkap lima kali sehari semalam, memahami makna bacaan , rukuk dengan betul, serta melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahiyat akhir akan menolong kita untuk mendapatkan komposisi tubuh yang baik dan menarik. Pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, melakukan rukuk pada kedudukan 90 darjah, sakit pinggangnya  berkurangan. Kalau kita amalkan jari kaki membengkok, ketika gerakan sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir, ia boleh membakar lemak dalam badan kita dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Salam ke kanan dan ke kiri boleh pula menyelesaikan masalah kerapuhan tulang tengkuk. Tak payah susah-susah nk kene pegi London Weight Management atau  guna dR Rozmey punye produk dah boleh dapatkan tubuh yang cantik bebas daripada masalah.

3. Menghasilkan keadaan otak yang tenang
Otak kita akan menjadi tenang sebelum kita bergerak untuk sujud. Dah terbukti secara saintifik dah pun. Lagi satu, solat nih jugak dapat meningkatkan tumpuan dan daya ingatan seseorang. Memang sesuai sangat terutama sekali kepada sesiapa yg bergelar pelajar. Nak berjaya dalam pelajaran, solat tu penting. Yang sudah berkerjaya pon boleh jugak, tak dela kene marah dengan bos sebab selalu ponteng keje (akibat hilang fokus).

Kalau manusia boleh cakap biarlah rahsia, solat pon pandai juga berahsia. Rahsia solat nih tak kan kita tahu kalau kita sendiri yg tak pernah try untuk 'mengorek'nya. Kita kene solat la, baru kita tahu rahsia solat nih banyak tak terkira. Apa yg aku tulis tuh, sikit je. Sekadar apa yang aku baru tahu. Kalau korang da tahu aku sekadar  nak berkongsi saje apa yang terlintas di hari Jumaat ini. Tagline mesti ade, RENUNG-RENUNGKAN, SELAMAT BERAMAL! 

2 comments:

  1. Bab wuduk tu betul. Kalau nak kurang jerawat rajin2 la wuduk. Hehehehe

    ReplyDelete
  2. nak perli aku ke weyh..hehehe, betul tu..tak yah pakai ape2 pon kan..anita sarawak pon gune wudu' bagi nampak kulit tegang n awet mude..eh, sape nih ek??

    ReplyDelete

Comments