Pesanan Tatkala Bersahabat

Assalamulaikum dan salam dari neknaz untuk semua. Dah lama aku tak menaip bahan-bahan panas yang laku macam goreng pisang hot. (budget) Bukan ape, aku ada exam woii. Alhamdulillah semuanya ok. Tunggu result je la. Result pon harap-harap ok. Kene tak ok, frust menonggeng jugak la. Doakan untuk neknaz ye? (sweet)

Aku merasakan aku ramai kawan kat atas dunia nih. Ramai sangat. Bukan aku je kot, korang pon same jugak la kan ngan aku. So, atas sebab aku ramai sangat kawan, aku nak cakap serba serbi pasal kawan nih. Ye la, pesanan-pesanan semasa kita berkawan. Korang wajib tau dan bace weyhhh. Jangan asyik kawan je, sampai we all tataw kenapa we all kawan. Haaa, parah tuuu..

1. Saling memahami.
Korang kalau ada kawan, memang bende nih wajib la korang kene buat dan praktikkan. Yela, tak semestinya kawan kita nih sekepala dengan kita. Kadang-kadang kita rasa je macam kite ngn kawan kite nih sekepala, tapi hakikatnya ade beberapa perkara yg dia tau tapi kita tak tau ataupun sebaliknya. Sebab apa korang tak nampak? Bagi aku la, sebab korang rasa ade satu dua je persamaan terus korang rasa yang korang nih banyak gila persamaan dengan kawan korang nih. Dia minat bola, kita tak minat. Kita minat sisha, dia tak minat. Kalau ada benda yang tak sama, tak apa. Sebab tuh memahami hati budi itu penting. Kalau dia minat tengok bola, kita kene updated la jugak pasal bola. At least, bole jugak bersembang pasal bola. Ok?

2. Jangan treat kawan macam bukan kawan.
Statement kat atas nih banyak maksud. Aku try rungkai kan satu persatu. Pertama, jangan buat kawan kita macam kain buruk atau bende-bende lain yg boleh dikategorikan seperti kain buruk. Maksudnya, bila perlu kita jage je die, bile once kite taknak, kalau boleh kita da tak nak tengok muka dia. Rimas. Kedekut. Over. Gedik. Itulah yang akan kite cakap bile kita tak nak kawan dengan kawan kita tuh lagi. Kedua, jangan layan dia lagi special daripada kawan. Benda nih tak patot. Sebab istilah berkawan sangat istimewa. Bila kita layan dia macam skandal kita contohnya, kita akan tends to be berpura-pura dan tak ikhlas. So, layan kawan macam kawan la weyhhhh. Faham x?

3. Bimbing kawan supaya ingat Allah.
Kalau lah aku dapat kawan yang macam nih, hoooisyyy, bertuah betul. Ye la kawan yang baik, adalah kawan yang selalu mengajak kita untuk berbuat kebaikan kan. Tapi janganlah, over ekstrem sangat. Bagi aku, setakat jaga solat lima waktu pun da kira ok da kot. Ajak baca al-Quran sekali ke. Memang terbaik la kan. Bende nih yang Hamdan selalu buat kat aku. Betul Hamdan, aku terharu gila. Kalau ada ape-ape dugaan dan cabaran menimpa, kita pesan kat dia. Ini takdir Allah. Cubaan dari Allah untuk melihat sejauh mana hambanya taat kepadaNya. Bermakna, kita pun berkawan dan bersahabat kerana Allah.

4. Bila dia nangis jangan pujuk.
Ini selalu terjadi kepada kawan-kawan dan sahabat perempuan aku. Kena pulak aku nih yang tak boleh tengok perempuan nangis. Apa yang kita boleh buat, kita gelakkan dia. Atau kita provoke dia. Mungkin ini menampakkan kita bodoh, atau kita dikatakan macam feelingless dan heartless. Tapi percayalah, kesedihan yang kita pendam semata-mata untuk kawan lebih bermakna daripada kesedihan yang kita zahirkan. Konon-kononnya, dengan gelak dan tawa kita untuk sahabat yg sedang bersedih tuh dapat membuatkan hati kawan kita tuh ceria kembali. A big NO NO tuh bagi tisu kat die. Konon sweet tapi bagi aku hampeh kot. Lebih baik, cakap kat dia, kite kene happy selalu. Jadi kuat. Tak mudah memuaskan hati semua orang. Faiz selalu buat kat aku. Thanks Faiz.

5. Jangan terlalu show off kepada orang ramai.
Maksud aku dengan show off nih ialah jangan la terlalu zahirkan yang kita nih sayang kawan kita. Kalau boleh nak berkepit 24jam je.. Biarkan dia hanya apa yang kita rasa dan tak perlu untuk diluahkan kepada  sahabat kita atau kepada orang ramai. Ye la, kita kena tau, kadang-kadang ada orang yang cepat bosan dan geli dengan gelaran kawan sehidup semati. Orang macam nih kalau boleh dia tak nak bagitahu sape sape yang dia sebenarnya sayang kawan dia. Biar dia sorang je tau. Aku rasa itu yang terbaik, supaya kita tak bosan dengan kawan kita. Ye la, sebab dia tataw kite sayang dia so kite nak lagi kawan dengan dia. Kalau da tau pon susah, nnti tetiba die rase terkongkong la pe la. Moral of the story, jangan over...

6. Buat sesuatu yang istimewa.
Kita akan rasa dihargai bila kita diingati. Macam mana nak ekpresikan ingat tak ingat nih? Dan macam mana nak ekpresikan dihargai nih? Buat kan sesuatu yang istimewa. Tak kira la apa-apa sekali pon. Masa hari jadi ke. Celebrate result ke. Support mase masuk competition ape-ape ke. Banyak dan pelbagai sangat cara. Hanya orang bodoh je bagi aku yang sebenarnya tak faham dan tak pandai menilai apa yang kita buat ini adalah cara bahawa dia sebenarnya dihargai oleh kita. Janji kita buat dengan ikhlas. Tuhan dah kate, sesuatu yang ikhlas akan dibalas dengan hasil yang menakjubkan. Biarkan dia tersenyum dan menangis kegembiraan sebab kita. 

7. Relakan pemergiannya.
Setiap permulaan akan ada pengakhirannya, tetapi ingat dalam istilah bersahabat tidak pernah ada istilah pengakhiran. Kerana kita semua mahu berkawan dan bersahabat sehingga ke akhir hayat. Jangan mudah untuk kita lupakan kenangan kita bersama bersama kawan. Baik dan buruk, mereka tetap kawan kita. Ini kawan dan sahabat baik aku, TAPI MEREKA SUDAH TIADA DISISI. Masing-masing dengan cita-cita masing. 

AZRUL HAKIM, KHAIRUL ANAM, AZIRA HAFIZA, NATALIA, ALIA, FARHAN ZAFFRY, FARIZ
IZYAN IZZATI, DEVASHNE, KAMARUL, MACGREGOR, LOSHINEE, MAZUIN, AIZAT IKRAM, DANIEL ADZLAN
ANIS FARHANA BT MAT YUSOFF
NURFAIZ BIN SHAIDAN
SHAHRIL ANAS BIN HUSSIN
RABIATUL ADAWIYAH BT SULAIMAN

 Thanks!

4 comments:

  1. pujangga setuju ngn neknaz..hehe sahabat yang baik bukanlah sahabat yang berada di sisi kita dikala kita senang dan gembira tetapi sahabat yang baik adalah mereka yang mampu memahami serta sanggup sama2 mengalirkan air mata di kala kita berduka...mak aihh jiwang gila pujangga arini..bahaha

    ReplyDelete
  2. ayat mesti jiwang kan..biasa la blogger terkenal kate kan..hahahaha..anda rasa anda sahabat yang baik?? hehehe

    ReplyDelete
  3. erkkk...x kot..saya x layak gelarkan diri ini sahabat yg baik sbb saya seorang yg annoying serta jenis sukar nk tunjuk sifat2 keibuan ehh lembut aty..haha

    ReplyDelete

Comments