RAMADHAN satu

assalamualaikum semua...MALAM HARI PERTAMA. kali nih, apa yang aku nak cerita kat korang semua adalah bagaimana perjalanan 1 ramadhan aku. seperti yang korang semua tau, alhamdulillah, aku berkesempatan untum menjalankan ibadah puasa pada 1 ramadhan ini bersama keluarga tersayang. kira sempat jugak la, walaupun lagi 2 jam nk berbuka baru sampai kampung halaman. hehehee~

apa aku buat sepanjang 1 ramadhan? tidak ada ape2, seperti biasa saje. cuma agak excited apabila tepat jam pukul 5 aku sudah beria-ia ajak family aku turun bazaar ramadhan. biasa lah kn awal-awal puasa. pertama sekali maaf, kerana tidak ada gambar untuk bazaar ramadhan yang boleh aku tontonkan untuk korang semua. aku promise untuk diari seterusnya aku post kat korang semua.

suasana di bazaar ramadhan, huh! aku ingt aku sorang je yang excited. kot kot la paling awl skali datang bazaar ramadhan, rupanya pukul 5 tuh kira waktu paling pack skali. semua orang berpusu-pusu mencari juadah untuk dinikmati bersama keluarga tercinta. sampai aku punya excited pon tak leh lawan dorg-dorg nih.

semua benda cliche bagi aku, popia basah, tembikai, samosa, nasi ayam, lauk-pauk, kurma, air bermacam-macam warna dan perisa, dan tak kurang juga ada yang menjual ketupat. sangat mengujakan. sedangkan baru hari 1st puasa, raya lambat lagi, da sibuk menjual ketupat. air tebu pun ada. tapi yang bestnya, mak aku bila tgk air tebu, dia cepat pesan kat aku.

JANGAN MINUM AIR TEBU SEBAB ORANG YANG JUAL AIR TEBU PUN MENINGGAL DUNIA. POKOK TEBU SEKARANG NIH DIKHUATIRI DIJANGKITI DENGAN VIRUS TIKUS.
oooo, baru aku tahu. so' alang-alang tuh aku nak peringat kan untuk korang jugak lah. after this,  berhati-hati dengan penjual air tebu.

ok, apa yang menarik nya di bazaar ramadhan tempat aku nih adalah, aku terjumpa satu gerai yg tertulis iklan IKAN SEGAR MASAK ASAM PEDAS. first time, bagi aku alarrr cliche jugak nih. tak boleh creative sikit ke. asyik-asyik nak lauk ala-ala kampung jugak. tapi, bila aku pegi dekat sket, waaaa menarik! haaa...apa yang menariknya?? hurm, ini yang aku nk cita nih. apa yang menarik nya, dekat gerai nih, kita boleh pilih bermacam-macam ikan segar yg masih lagi diletakkan bersama dengan ais, then dia akan masak on the spot lauk masak asam pedas. ala, macam kau orang semua pilih-pilih yong tau foo, pastuh terus dia rebus kan?? haaaa, macam tuh la lebih kurang.

oleh sebab nafsu nk mencuba tinggi sngat, aku pon beli la. aku nye pilihan ikan keli masak asam pedas. masa berbuka, itu la lauk pertama yg aku cuba selepas melahap kurma. perghhhh!! terbaik dan terbaik. cuma bagi aku,  kurang pedas sket la. tapi menyengat dan menusuk tuh tetap ada. aku pun apa lagi, simpan sket la sampai lepas terawih, then masa sahur pon aku makan lagi lauk tuh. bayangkan lah, berapa banyak aku beli. hah??? KAU ADA?? sah-sah lah tak de kn?? hehehee

ok, aku rasa itu je untuk kali ini. tak ada ape-ape yang menarik. sebab aku pun terlupa nk snap pic. ye la, terkejut dengan populasi orang kat bazaar ramadhan. naik pening kepala aku. NEKNAZ harap korang sume enjoy! SELAMAT BERPUASA!

No comments:

Post a Comment

Comments