Chef One - homemade 101

inilah indahnya kehidupan bila jauh di perantauan. hahaa, ayat nak sedap. jgn gelak! serious, serious. KISAH HUJUNG MINGGU. tatkala aku di goda oleh rakan-rakan untuk pekena pizza hut dekat town, aku bersama member-member sebilik terpaksa menjalankan rutin mingguan (hah? tolong la, sebulan sekali pon belum tentu), iaitu mengemas bilik. tapi ini memang betul-betul. mesti semua terkesima kan? susah nk dapat lelaki mcm kami nih, rajin kan kemas bilik. mak kat umah, baca blog angah cepat. rajin tol, anak sapa la nih kn. jangan muntah semua orang.  mop, lap meja, sapu sampah, jemur carpet, semua da bersih. baru ada semangat nk hidup.

lepas da buat rutin mingguan (propa lagi), perut nih baru kami sedar masih lagi kosong. tak terisi dr pagi. jam da tepat kul 3 setengah. huisy, makan makan nih jangan main, boleh putus kawan. itu kata ijat tapi tak de kene mengena pon. hahaha,..akhirnya muiz si mek klate (nama timangan), suh kita makan dalam bilik je. aku rase cm best je. masak nasi pastuh beli lauk, then melantak ramai-ramai. aku pon dengan bangganya masak la nasi, sebab aku rasa itu adalah kepakaran aku. chef MASAK NASI. hahaha.. dekat sentengah jam melantak, perut pon da kenyang kitorang semua sambung aktiviti masing-masing balik. ngadap laptop. aku rasa puas, walaupun tak kuar g makan pizza, karaoke, tgk wayang, aku enjoy di bilik. BETUL! cuba korang try wat tgk, dengan rumate korang. best!! dapat rapatkan silaturrahim, kenyang, hati pon senang. hehehe:) yang penting duit tak kuar banyak sgt mcm makan pizza hut.

haa, ni bukan rumate kitorang. si comel fuzz, pembantu kami untuk tengah hari ini. bukan pembantu bilik. pembantu memeriahkan suasana. tengah bukak lauk tuh, bukan curi lauk ye...

ini lah juadah untuk tengah hari ni ye.. telur mata, gulai daging, sambal ikan bilis dan air chocolate ice. bujang gila kn?
nasi sudah di atas pinggan. eisy, pinggan bunga-bunga tuh bukan aku punya ya. lagi satu, tekalah, sape empunya tangan yang amek lauk first tuh? teke teke. waktu nih, orang lain sume tgh tadah tangan baca doa. 
pencedok nasi yang penuh dengan style makcik-makcik catering kenduri, mek muiz. hahaha. tolong andaikan kaki itu tiada di situ. (jangan risau, makanan masih bersih, tidak di cemari dengan mana-mana kuman dari kaki itu atau dari mana-mana je lah)
tamat, sudah habis semua. perut pon kenyang.
yang kiri tuh tetamu untuk hari ni. yang kanan tuh mek muiz. nampaknya semua sangat senang hati dan berpuas hati dengan juadah tengah hari ni. tgk pinggan fazz, licin bhai!!
neknaz mcm biase, perut da kenyang terus online. bukan apa untuk  check resepi-resepi menarik untuk bulan ramadhan nnti. hahaha, suka la menipu orang.
JUMPA LAGI!

1 comment:

  1. Jangan melahar orang yang makan pizza lah. -__-

    ReplyDelete

Comments